Ini adalah langkah-langkah yang saya dapat daripada website lain, dan saya share sekali result yang saya dapat selepas mencubanya.
1. Langkah mencuci semula..
Perkara pertama yang boleh dilakukan adalah mencuci semula pakaian tersebut tanpa bercampur dengan pakaian lain dan jangan gunakan sabun pencuci. Sebelum mencuci, periksa dan lap bahagian dalam mesin basuh dengan kain lembap. Selepas selesai basuh, kibas2 seluar beberapa kali sebelum menjemur. Ini adalah untuk menyingkirkan habuk yang tertinggal.
Komen saya: Dah cuba basuh semula tapi masih nampak banyak habuk
2. Gunakan lint remover..
Cuba cari alat yang bernama lint remover di supermarket berhampiran atau mana-mana kedai diy. Alat ini mempunyai roller berpelekat dengan pemegang dimana kita boleh roll pada pakaian yang berhabuk dan habuk-habuk atau nama lainnya lin ini akan melekat pada roller tersebut. Apabila habuk sudah penuh pada roller, cabut bahagian pelekat dan roller itu boleh digunakan lagi dengan lapisan pelekat yang baru.
Komen saya: Belum try alat ni sebab tak jumpa kat area sini. Tapi nak try cari jugak sebab ada orang kata tak mahal dan lagi senang pakai.
Ni contoh lint remover..sebenarnya ia ada banyak bentuk
Kalau kat rumah anda ada pita pelekat / selefontape / ducktape ke, lekatkan je bahagian pelekat tu kat pakaian berhabuk anda. Habuk tu nanti akan melekat pada pelekat. Guna pita pelekat yang lebar untuk lebih mudah dan cepat. Anda boleh gulung pita pelekat pada tangan dan gunakan tangan sebagai roller remover.
Komen saya: Cara ni paling berkesan. Memang hilang semua habuk putih tu. I loike loike loike 😁😁
Ini gambar salotape yang dah penuh dengan habuk-habuk tu.
Akan datang..
- cara menghilangkan permukaan berbulu pada legging kanak2 / pakaian cotton